Visi dan Keghairahan Seorang Insan

Pencipta dan Pengasas USANA.

Kisah USANA

Ditubuhkan pada tahun 1992, hari ini USANA Health Sciences merupakan pengeluar dan pengedar penokok zat yang amat disanjungi. Kejayaan USANA sebahagian besarnya bergantung kepada pengasas dan pengerusinya iaitu Dr Myron Wentz.

Pakar dalam bidang Pemeliharaan Sel

Dr Wentz, seorang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia untuk diagnosis penyakit berjangkit. Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk diagnostik untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. Ini menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang sihat.

Dari Peringkat Mendiagnosis Penyakit ke Tahap Mewujudkan Kesihatan Optimum

Walaupun berjaya dalam Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat nasihat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah visi dan menukar haluan karier beliau.
Memandangkan kedua-dua ibu bapa beliau meninggal akibat penyakit degeneratif, ahli sains dari North Dakota ini mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis penyakit ke bidang mempromosi kesihatan badan.

Mencatat Piawai Kecemerlangan yang Baru

Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya. Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan seimbang kepada badan manusia. Beliau juga mendapati zat-zat tersebut selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biologi yang lemah.
Lantas, Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-cita untuk membangunkan siri penokok zat yang
seterusnya telah mengubah piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.

Berkongsi Visi Kesihatan

Sekarang, beribu-ribu orang di merata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik, dan mereka yakin bahawa USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk melahirkan “sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan” telah mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institute di Baja, Mexico, iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre untuk kanak-kanak di Gaba, Uganda.

ANUGERAH THE PERSONALITY AWARD 2008

Dr. Myron Wentz telah menerima The Personality Award pada tahun 2008. Ianya merupakan satu anugerah yang diiktiraf dan dikelolakan oleh badan bebas yang juga mengelolakan The BrandLaureate Award. The Personality Award merupakan satu anugerah yang mengiktiraf tokoh-tokoh yang telah menyumbangkan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat dunia.

ALBERT EINSTEIN AWARD

Albert Einstein Award merupakan satu anugerah yang sangat berprestij terulung di dalam dunia Sains. Nama anugerah ini sendiri diambil sempena nama saintis lagenda dan terkenal iaitu Albert Einstein. Disebabkan Dr. Myron Wentz telah menyumbangkan baktinya yang sangat besar di dalam bidang Sains Kesihatan, Dr. Myron Wentz telah dianugerahkan Albert Einstein Award. Sejak anugerah ini diwujudkan, hanya 8 orang sahaja yang menerima anugerah ini, Dr. Wentz adalah seorang daripadanya. Amat membanggakan.

0 comments:

Post a Comment