Cabaran Kepada Kesihatan

Penyakit yang paling merbahaya sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman ataupun virus. Ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia.

Setakat ini tidak ada cara untuk menyembuhkannya….

Laporan tahunan World Health Organisation telah memberi amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun, dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia di bumi ini.

Namun penyakit degeneratif boleh dielakkan

Ramai di antara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang; penyakit yang diakibatkan oleh umur yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa “tua” tidak bermakna sakit. Untuk mengelakkan penyakit degeneratif, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.

Senario Masa Kini..

Pada ketika dulu, kita biasa mendengar kematian disebabkan sakit tua. Mereka ini meninggal dunia hanya disebabkan usia mereka yang telah tua dan bukan disebabkan mereka ini berpenyakit. Apa yang kita ketahui, bilangan orang yang meninggal dunia kerana sakit tua pada masa kini amat jarang kita dengar. Ini adalah kerana, mengikut laporan WHO, 8 penyakit pembunuh utama adalah seperti berikut:

Cuba anda perhatikan, adakah penyakit-penyakit seperti ini ada pada diri anda? Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit-penyakit ini juga telah menjadi musuh utama bagi masyarakat Malaysia, ini sungguh membimbangkan kita semua. Selain daripada 8 pembunuh utama ini, terdapat berbagai lagi penyakit yang menjadi musuh diri kita antaranya:
  • Asma/ Semput
  • Resdung
  • Buah Pinggang
  • Gastrik
  • Eczema (Penyakit Kulit)
  • Leukemia
  • Jerawat
  • Angin Pasang
  • Tekanan darah tinggi
  • Tekanan darah rendah
  • Lupus
  • Buasir
  • Gout
  • Lemah tenaga batin…
  • dan banyak lagi……

Adakah salah satu penyakit ini anda hidapi…???




Tahukah anda?

Menurut kajian kebanyakan masalah penyakit ini berpunca dari radikal bebas dan toksin di sekeliling kita.
Radikal bebas mampu menyebabkan kemerosotan sel.
Gambar di atas menunjukkan bagaimana lemak yang terkandung di dalam makanan segera telah menyebabkan kemerosotan sel kerana di dalam makanan segera ini juga terkandung unsur radikal bebas. Apabila berlakunya kemerosotan sel, maka akan berlakulah berbagai penyakit degeneratif seperti di atas tadi.
Sel yang telah rosak amat memerlukan sistem pertahanan antioksidan untuk berkembang sihat. Antioksidan mampu menentang radikal bebas yang menyerang kita dalam senyap.
Radikal bebas ini datangnya dari pelbagai sumber, bahkan ada kalanya dari sumber yang kita tidak jangkakan. Antara sumbernya adalah:
  • Pencemaran
  • Air yang bertoksin
  • Radiasi dari matahari
  • Tekanan perasaan (Stress)
  • Makanan yang tidak sihat

0 comments:

Post a Comment