Procosa ll (Optimizer)
0
Harga Runcit: RM 113.00
- Sejenis penambahan untuk rawatan osteoartritis.
- Membekalkan glukosamin sulfat untuk mengekalkan kesihatan sendi yang optimum.
RAWAN
Rawan merupakan lapisan perlindungan yang melindungi dan melincirkan sendi kita. Tahun demi tahun, rawan dalam sendi kita makin hari makin tipis disebabkan aktiviti fizikal harian. Badan kita membina rawan apabila ia sudah haus dan menggantikan cecair sinovial penyerap kejut, supaya sendi kita sentiasa dilindungi. Walau bagaimanapun, untuk pelbagai faktor, penghasilan rawan baru dan cecair sinovial mungkin kurang dari yang diperlukan. Disebabkan pembekalan darah yang lemah, luka pada rawan artikul tidak sembuh pada kadar yang sama sebagaimana tisu lain dalam badan; jadi rawan akan dibina semula dengan lambat. Juga apabila komponen bahan untuk membaiki rawan tidak mencukupi, maka penyembuhan daripada kerosakan juga akan bertambah lambat lagi.GLUKOSAMIN
Glukosamin, sejenis gula amino, merupakan pelopor penting dalam biosintesis rawan. Secara khususnya, ia merupakan blok pembinaan untuk proteoglikans iaitu molekul protin yang mengandungi karbohidrat terikat yang tinggi. Proteoglikans dan kolagen membentuk sebahagian besar matriks rawan. Proteoglikans adalah diperlukan untuk rawan yang sihat sebab mereka mengikat air yang melicinkan dan melincirkan sendi. Apabila rawan artikular merosot, kesakitan dan kerosakan sendi mulai hasil.Sebagai tambahan kepada peranannya sebagai pelopor biokimia, glukosamin juga dipercayai memainkan peranan yang penting dalam pelarasan pembentukan rawan dan memulihkan metabolisma rawan dengan cara mengalakkan pengeluaran kologen dan proteoglikans yang lebih tinggi. Glukosamin juga merangsang pengeluaran sinovial asid hialuronik yang bertanggungjawab untuk fungsi pelicinan dan penyerapan kecutan cecair sinovial.
Banyak kajian klinikal ‘double-blind’ telah menunjukkan keberkesanan penokok zat glukosamin dalam pemeliharaan rawan yang sihat, sendi yang sihat dan gerakan sepenuh jangka pendek.
MENGAPA MEMILIH PROCOSA II?
PROCOSA II merupakan formula bertindak segera bagi USANA untuk kesihatan sendi.PROCOSA II telah diuji di makmal dan memenuhi spesifikasi USP untuk potensi, keseragaman dan penyepaian di mana perlu.
PROCOSA II dibentuk untuk pemeliharaan kesihatan sendi yang optimum dan mobiliti sendi sepenuh.
CADANGAN
Memakan satu (1) tablet tiga (3) kali sehari, lebih baik bersama hidangan. Setiap tablet mengandungi Glukosamin Sulfat bersamaan Glukosamin 300mg.HARGA
RM113.00
Subscribe to:
Posts (Atom)