CoQuinone™

56 Soft Gel
HARGA RUNCIT:RM225.00
  • Mengandungi CoQ10 dan asid alfa lipoik dalam formula bioberkesan yang tinggi.
Tenaga yang diperlukan oleh setiap sel untuk berfungsi adalah dihasilkan melalui suatu proses yang kompleks dalam mitokondria, iaitu suatu organelle dalam sel, yang selalunya digelar sebagai penjana bersel. Sel menyimpan tenaga dalam molekul yang dipanggil adenosin 5-trifosfat, atau ATP. CoQ10 merupakan bahagian yang amat penting dalam rangkaian penghantaran elektron yang digunakan untuk menghasilkan ATP. Kemudiannya ATP akan disintesis dan digunakan oleh setiap sel dalam badan. Sel yang memerlukan tenaga yang paling tinggi akan mengandungi tahap CoQ10 yang paling tinggi. CoQ10 telah dikaji bertahun-tahun di A.S., Eropah dan Jepun mengenai peranannya dalam pengeluaran tenaga bersel.

ADAKAH ANDA MEMERLUKAN COQ10?

Apabila umur kita semakin meningkat, keupayaan untuk menyerap dan sintesis CoQ10 semakin berkurangan dan kuantiti CoQ10 yang tersimpan dalam tisu semakin sedikit. Selain daripada itu, CoQ10 juga mungkin dikurangkan oleh beberapa faktor yang lain, termasuklah status pemakanan pada keseluruhannya, tahap vitamin B, folate, vitamin C dan selenium. Tahap CoQ10 dalam tisu juga mungkin  direndahkan oleh beberapa jenis ubat, termasuklah statins perendah kolesterol dan senaman yang melampau atau tekanan persekitaran seperti penyakit dan cuaca yang keterlaluan. Sumber diet yang paling penting untuk CoQ10 adalah daging dan ikan.

ASID ALPA LIPOIK

Asid Alpa Lipoik (DHLA) juga terlibat dalam metabolisma tenaga mitokondrial, dan penggunaan semula CoQ10 teroksida. Sistem ini juga membantu menghasilkan semula dan menggunakan semula antioksidan yang lain termasuklah vitamin E dan C dan glutathione.

MENGAPA MEMILIH COQUINONE™?

Komitmen USANA terhadap kualiti, yang menggunakan ramuan dalam kuantiti dan fomulasi yang betul untuk bioberkesan yang optimum boleh dilihat dengan jelas dalam COQUINONE™. COQUINONE™ mengandungi cukup 30mg CoQ10 dan 12.5mg asid alfa lipoik dalam setiap kapsul gel lembut. Formulasi USANA membekalkan semua antioksidan yang penting ini dalam campuran asli lesitin dan gliserin monooleate hasilan sayuran, dalam asas rangkaian trigliserids medium.

BIOBERKESAN

COQUINONE™ dapat membekalkan CoQ10 secara pantas dan dalam kuantiti yang tinggi.
COQUINONE™ telah diuji di dalam makmal dan memenuhi spesifikasi USP untuk keseragaman dan penyepian.
Memakan satu (1) atau dua (2) butir kapsul COQUINONE™ setiap hari, lebih baik bersama hidangan.