BiOmega III Plus™ (Optimizer)
Harga Runcit: RM114.00
- Ketulenan tanpa kandungan bahan cemar
- Mengandungi minyak limau semulajadi yang mengurangkan bau ikannya
LEMAK-LEMAK SIHAT
Asid-asid lemak omega-3 dan omega-6 adalah bahan pemula biosintetik suatu keluarga sebatian yang dipanggil eicosanoids (prostaglandins, thromboxins, and leucotriens). Sebatian-sebatian tersebut serupa dengan unsur-unsur hormon yang membantu mengekalkan proses-proses kesihatan normal di dalam badan kita. Ia adalah amat penting untuk mengekalkan jumlah omega-3 dan omega-6 yang sesuai dan seimbang di dalam diet kerana kedua-dua unsur ini digabungkan untuk meningkatkan kesihatan.¹ Walaupun manfaat-manfaat kesihatan jelas dikaitkan dengan asid-asid lemak omega-3, kajian pemakanan menunjukkan bahawa ramai di kalangan kita tidak memperoleh asid-asid lemak omega-3 yang cukup dari diet kita.² Pada tahun 2002, Persatuan Jantung Amerika mengeluarkan garis panduan baru berkenaan pemakanan ikan dan minyak ikan,³ kerana keputusan kajian epidemiologikal secara besar-besaran dan kajian pengawalan secara rawak menunjukkan bahawa asid-asid lemak omega-3 di dalam minyak ikan menyokong kesihatan.
PERKEMBANGAN ZAMAN KANAK-KANAK AWAL
Adalah penting bagi kaum wanita pada peringkat umur sesuai yang sedang mengandung atau akan mengandung untuk memperoleh nutrisi yang sesuai bagi memastikan perkembangan terbaik untuk bayi mereka, termasuk pengambilan jumlah asid lemak omega-3 yang cukup. DHA adalah salah sejenis lemak yang kuat di dalam sel-sel saraf otak bayi, dan penyelidikan mencadangkan bahawa asid-asid lemak omega-3 adalah penting untuk pengembangan otak sebelum dilahirkan dan semasa zaman kanak-kanak awal.⁴ Kebanyakan formula kormesial yang disediakan untuk bayi kini diperkukuhkan dengan DHA untuk menyokong kesihatan dan perkembangan sistem saraf.⁵
VITAMIN D
Pakar-pakar kini percaya bahawa ramai orang tidak mengambil vitamin D yang cukup walaupun telah terbukti boleh membawa pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti menyokong kesihatan tulang.⁶
MENGAPA BIOMEGA III PLUS™?
Walaupun orang ketahui manfaat-manfaatnya, pihak kesihatan berkuasa telah memberi amaran supaya mengehadkan jumlah pengambilan spesies-spesies ikan tertentu yang mungkin tercemar. USANA BiOmega III Plus™ dihasilkan menerusi kemudahan maju dan bebas daripada bahan-bahan tercemar yang disingkirkan melalui proses penyulingan dua molekul yang memastikan ketulenan. Menerusi proses ini, logam berat, PCB, racun serangga dan sisa-sisa organik disingkirkan sepenuhnya. Ia bebas daripada asid lemak-trans, dan setiap kapsul mengandungi 2mg campuran tocopherol semulajadi untuk mengurangkan pengoksidaan asid-asid lemak omega-3 dan mengekalkan kualiti produk semasa penyimpanan. Pendek kata, BiOmega III Plus™ merupakan salah satu produk yang tulen dan berkualiti tinggi di pasaran hari ini. Pengambilan BiOmega III Plus™ adalah cara yang paling baik untuk memastikan diet pemakanan anda mengandungi konsentrat EPA dan DHA seimbang yang selamat dan sihat di dalam dua kapsul sehari. Dan dengan tambahan minyak limau semulajadi, ia mengurangkan bau ikan.
BIOMEGA III PLUS™
Dua (2) kapsul setiap hari bersama hidangan. Jauhi daripada kanak-kanak.
Rujukan:
1. Benatti P, et al. J Am Coll Nutr 2004;23(4):281–302.
2. Kris-Etherton PM, et al. Am J Clin Nutr 2000; 71(1 Suppl):179S–88S.
3. Kris-Etherton PM, et al. Circulation 2002;106:2747–2757.
4. Helland IB, et al. Pediatrics 2003;111(1):e39–44.
5. Salem, Jr, N, et al. Wrld Rev of Nut and Diet 1994;75:46–51.
6. Bischoff-Ferrari HA, et al. JAMA 2005;293(18):2257–64.
Subscribe to:
Posts (Atom)